Sabtu, 24 April 2010

Assalamualaikum..
Nama : Norasyikin Bt. Hj Ibrahim,
Alamat : No, 3948 Taman Tunku Puan Chik, 72100 Bahau, Negeri Sembilan.

MiniSitcom

Hari Pengguna Malaysia (2008)

Hari Pengguna Malaysia 2009

Jumaat, 23 April 2010

8 HAK PENGGUNA





Free Clipart






Hak Dan Tanggungjawab Pengguna

PENDAHULUAN




Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:




Pengguna
Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-
(a) Mengetahui apakah hak-haknya;
(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;
(C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.

Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.




SIAPA ITU PENGGUNA
Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.

Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.

Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".




Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapatjuga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pernerosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir.

Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak Ilwants" yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.

MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA
Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna.Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan.

Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.

Di samping itu, para pengguna juga kurang mengambil tahu tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:
(a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK);
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna;
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan
(g) Persatuan Pengguna.

Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang bertanggungjawab.Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.




HAK-HAK PENGGUNA
Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambilkira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.

Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenalpasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut:
(a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan;
(b) Hak Untuk Mendapat Makfumat;
(c) Hak Untuk Membuat Pilihan; dan
(d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.

Kemudiannya, Consumers International, di samping mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi pengguna
iaitu:
(a) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas;
(b) Hak Untuk Mendapat Gantirugi;
(c) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna; dan
(d) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.
(i) Hak Untuk Mendapat Keselamatan

Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.













Hak untuk keperluan asas

Hak untuk mendapat keperluan asas dan perkhidmatan yang penting dan sangat diperlukan dalam kehidupan harian.Setiap manusia memerlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup. Tanpa keperluan asas manusia tidak dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa. Keperluan asas merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal.Mengikut Teori Hierarki Keperluan Maslow, manusia perlu memenuhi keperluan dari tahap paling bawah hingga ke tahap yang tertinggi . Ia merujuk kepada keperluan paling utama yang perlu dipenuhi ialah keperluan fisiologi, yang kedua ,keperluan sosial dan yang tertinggi ialah keperluan rohani.Sekirannya ada pihak yang menafikan hak kita mendapatkan keperluan asas, maka suatu tindakan yang sewajarnya perlu diambil. Contohnya membuat aduan kepada pihak berkuasa. Pelbagai undang-undang juga boleh dirujuk terhadap penafian hak mendapat keperluan asas. Antara undang-undang yang berkaitan makanan ialah:
Akta makanan, 1983
Peraturan-peraturan makanan, 1985
Akta Kawalan Bekalan, 1961
Akta kawalan Harga, 1946
Akta Perihal Dagangan, 1972
Akta Timbang dan Sukat, 1972
Peraturan-peraturan Timbang dan Sukat, 1973
Sebenarnya hak mendapatkan keperluan asas ini adalah lebih kompleks sekiranya diteliti dari aspek kualiti,kuantiti, kesesuaian masa dan sebagainya. Ia bukan sekadar mendapat keperluan asas tanpa melihat kesesuaian lain, contohnya: jika kouta membeli beras, perlulah diteliti adakah ia sesuai dengan harga, kualiti dan kuantiti yang dibeli? Oleh itu pengguna haruslah bijak seiring dengan ilmu pengetahuan bagi memastikan segala hak pengguna berada di tempat yang sewajarnya.
Terdapat banyak panduan,kaedah atau langkah yang boleh digunakan oleh pengguna dalam mendapatkan keperluan asas yang sewajanya . Antara panduan untuk mendapatkan keperluan asas yang baik serta berkualiti adalah dengan cara:
pilih produk makanan keluaran syarikat tempatan kerana ia mungkin lebih murah, segar,halal dan menjimatkan pertukaran mata wang asing.
Beli buah-buahan pada musimnya kerana harga adalah lebih murah dalam keadaan yang tidak membazir, ini kerana tabiat membazir dilarang keras dalam agama islam.
Beli makanan secara borong terutama makanan yang tidak mudah rosak.
Makan makanan semulajadi, segar dan makanan organik berbanding makanan dalam bentuk yang sudah diproses.
Amalkan tanam sendiri sayur-sayuran untuk pemeliharaan alam sekitar.
Usahakan sendiri sumber makanan jika boleh kerana manfaat khasiat dan kurang bahan kimia.
Beli makanan berdasarkan harga seunit sukatan atau bilangan bagi tujuan perbandingan.
Tentukan makanan adalah seimbang dari segi khasiatnya.
Pastikan makanan berada dalam keadaan yang baik dan elum melewati tarikh akhir.
Pastikan makanan yang bertin tidak kemek atau berkarat tidak sempurna pengetinannya.
Selain daripada aspek makanan, tempat kediaman juga perlu di ambil kira dari aspek yang sewajarnya bagi setiap pengguna. Segala proses memiliki rumah perlu diketahuai agar tidak berlaku penipuan atau sebarang masalah. Biasanya pengguna yang membina dan membeli rumah melalui pihak pemaju banyak menimbulkan masalah, seperti pemaju menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak berkualiti dan tidak menyiapkan rumah dalam tempoh perjanjian. Maka dengan itu gunakan hak anda sebagai pengguna dan selesaikan dengan cara yang berkesan agar semua pihak mendapat hak yang sewajarnya.
Hak mendapat keperluan asas juga meliputi hak kesihatan. Di mana pengguna harus memastikan aspek kesihatan tidak diekploitasi oleh pihak yang tidak betanggungjawab. Apa yang penting kita sebagai pengguna harus mengambil langkah terbaik untuk kesihatan diri sendiri. Umpamanya anda boleh mengikuti panduan di bawah untuk menunaikan tanggunjawab pengguna dalam aspek kesihatan:
Sentiasa makan makanan seimbang dan mengikut peraturan
Sentiasa bersenam
Jangan menghisap rokok
Jauhi najis dadah
Adakan masa bersama keluarga
Dapatkan rehat yang cukup jangan minum minuman beralkohol
Jadilah pengguna bermaklumat mengenai kesihatan
Setelah berbincang mengenai aspek makanan tempat tinggal dan kesihatan, bagaimana pula dengan hak pengguna terhadap pakaian? Pakaian yang dibeli mestilah bersepadanan dengan kualiti dan harga . Pastikan sebarang ketidakpuasan pengguna semasa dan selepas membeli pakaian dapat diselesaikan secara profesional.
Sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah sentiasa peka terhadap ciri-ciri keperluan asas yang baik yang sepatutnya kita perolehi. Sekiranya tidak mendapat keperluan asas yang sewajarnya kita perlulah bertindak atas dasar hak pengguna.


Hak membuat pilihan





Pengguna hendaklah diberi maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberi penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membentuk keputusan serta mendapat jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Ianya merujuk kepada suatu jaminan agar jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran mencukupi dengan harga yang berpatutan. Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya. Pengguna juga berhak membuat aduan atau kritikan jika terdapat sebarang ketidakpuasan. pengguna tidak seharusnya mendiamkan diri apabila barang yang dibeli barang yang rosak atau tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk mendapat maklumat yang jelas dan lengkap tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Hak untuk mendapat ganti rugi




Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya daripada maklumat yang diberi.

PERNAHKAH ANDA BERASA DITIPU?




PERNAHKAH ANDA BERASA DITIPU?



Jika ya, gunakan hak anda untuk mendapat ganti rugi. Iaitu hak mendapatkan penyelesaian tuntutan. Ia melibatkan hak untuk menerima pampa an bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu.Anda tidak perlu berasa risau atau teragak-agak untuk bertindak apabila berasa barangan yang diperolehi tidak bermutu. Ini kerana Terdapat banyak undang-undang yang berkaitan dengan hak mendapatkan ganti rugi. Antaranya ialah:i. Akta jualan barangan 1977ii. Akta Undang-undang Siviliii. Akta perihal dagangan, 1972iv. Akta Perlindungan pengguna, 1999\Akta Kontrak 1950.Bagaimanakah anda boleh ketengahkan tuntutan untuk mendapat gantirugi?i. Tindakan diri sendiri.ii. Aduan kepada pihak berkuasai. Tindakan diri sendiri: Kempen Konsumer Kebangsaan: Perubahan Bermula Dengan Saya.Sesuai dengan Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012.Eloklah jika ada sebarang ketidakpuasan tentang hak anda sebagai pengguna, mulakan dengan tindakan diri sendiri. Contohnya anda boleh berhenti menggunakan barangan berkanaan yang tidak bermutu. Selain dari itu anda boleh mengemukan aduan segera kepada pekedai tempat anda membeli barangan. Anda juga boleh menghantar balik barangan yang dibeli. Bawa resit atau sebarang bukti pembelian untuk melancarkan proses tuntutan dengan segera. Anda juga perlu bertenang menghadapi masalah barangan yang dibeli tidak menepati piawaian pengguna secara rundingan dengan pihak pengurus atau pemilik kedai.ii. Aduan kepada pihak berkuasaAnda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa melalui secara bertulis atau melalui melalui telefon. Pastikan anda sertakan maklumat penting seperti tarikh kejadian, jenis barang, lokasi kedai, nombot resit dan sebagainya bagi memastikan aduan anda berkesan dan anda mendapat semula hak anda yang sewajarnya. Anda boleh membuat aduan kepada persatuan-persatuan pengguna yang terdekat dengan anda atau mana-mana cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Anda juga boleh menggunakan alternative yang bebih serius melalui saluran Tribunal Tuntutan Pengguna, jika nilai tuntutan anda tidak melebihiRM25000.00.Apa yang penting, kita sebagai pengguna mesti mempunyai kesedaran tentang hak-hak kita dan juga bertindak secara profesional agar semua pihak mendapat faedah secara relatifnya berkaitan isu kepenggunaan.

Hak untuk barangan dan perkhidmatan yang selamat
Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan pengguna.

Hak untuk bersuara(pandangan)
Hak untuk memberi pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu-isu yang berkaitan dengan minat pengguna. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, nilai kebebasan bersuara di kalangan rakyat (pengguna) amatlah sinonim dengan pemerintahan yang ada. Dalam konsep kepenggunaan pula, hak menyuarakan pendapat bermaksud hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan hak tersebut pengguna dapat menyalurkan idea, komen atau menentukan dasar-dasar kerajaan dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan barang dan perkhidmatan kepada pengguna.Dalam situasi yang lebih global, hak menyuarakan pendapat adalah lebih berkesan jika disalurkan melalui persatuan atau secara kolektif. Dibawah label mana-mana persatuan yang diiktiraf pengguna boleh melantik perwakilan di kalangan mereka untuk menyuarakan sesuatu berkaitan dengan kepentingan kepenggunaan. Perwakilan yang dipertanggungnjawabkan untuk menyuarakan hak pengguna secara kolektif tadi dianjurkan mempunyai ciri – ciri yang boleh memberi keberkesanan penyampaian kepada pihak-pihak yang berwajib seperti  kekuatan perwakilan yang mempunyai ahli yang ramai-kerana ia lebih berpengaruh untuk didengari. Mempunyai kepakaran dalam pelbagai isu kepenggunaan. Wakil pengguna mestilah mudah mendapat liputan media Komunikasi terbuka dan berterusan perlu wujud antara pengguna, masyarakat, agensi, industri dan pihak kerajaan. Terdapat undang-undang yang menyatakan bahawa pengguna boleh turut serta di dalam pembentukan dasar yang melibatkan mereka sebagai mana yang dinyatakan dalam garis panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.  Mempunyai salinan undang-undang serta dasar yang ada kaitan dengan isu yang dikemukakan. Sebarang pendapat ,pandangan dan komen boleh diajukan kepada Diajukan kepada pelbagai agensi pengguna samada agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan atau Non Government Organisations(NGO’s) Di Malaysia terdapat persatuan pengguna di kebanyakan negeri seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), Persatuan Pengguna Pahang dan sebagainya. Terdapat juga jabatan jabatan tertentu yang telah ditubuhkan yang berperanan membangunkan, melaksanakan dan mengesani dasar-dasar perlindungan pengguna seperti: Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK), Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) .Di peringkat sekolah pula terdapat Kelab Pengguna, yang boleh dijadikan permulaan pelajar menyalurkan pendapat dan hak bersuara mereka. Seterusnya boleh melatih mereka bergiat aktif memperjuangkan isu-isu kepenggunaan apabila berada dalam masyarakat kelak.Selagi ada pengguna selagi itu ada isu yang akan timbul isu yang akan lahir dari pengguna sendiri samada komen, pujian, galakan, bantahan dan sebagai terhadap pihak lain yang berkaitan. Oleh itu amat wajar dan bertuah bagi pengguna pengiktirafan terhadap hak bersuara.


Hak untuk pendidikan kepenggunaan



Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan yang membolehkan seseorang untuk menjadi pengguna yang bijak. Hak mendapat pendidikan amat penting dibincangkan dalam arena kepenggunaan. Rasional kepada pernyataan itu kerana tanpa pendidikan, pengguna tiada ilmu pengetahuan akan menyebabkan haka pengguna tidak terela dan pengguna akan memandang remeh apa sahaja isu terutama dalam kes pengguna. Ikuti perbualan dua watak di bawah iaitu Si Nak Tahu dan Si Ambil Tahu di bawah berborak mengenai haka mendapat pendidikan.



Si Nak Tahu : Aku ni nak lar benar tahu, apa ke bendanya hak mendapat pendidikan pengguna ni. Sebab aku rasa tak ada orang pula nak halang-halang aku belajar, jadi yak perlu tuntut hak.



Si Ambil Tahu : Itu ya,.. tak ada orang nak halang kau belajar tapi tahu ke engkau tentang apa yang perlu kita tahu dalam isu pengguna ni? Haa.. tadi kau tanya sangat apa kebendanya hak mendapat pendidikan pengguna kan? Kalau kau nak tahu haik mendapat pendidikan pengguna ini ialah hak mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna bermaklumat sepanjang hayat.



Si Nak Tahu: Habis tu..? Salah ke aku kalau aku tak ambil kisah tentang ilmu-ilmu pengguna ni, apa yang penting aku rasa aku ada duit, boleh beli itu ini, cukup lah tu..



Si ambil Tahu: Itu cakap orang yang banyak duit.., beli yang tu rosak, boleh beli yang lain, banyak duit katakan… tapi aku nak bagitau kau la kan.. kita ni kerja penat-penat untuk cari duit..duit…duit..cari duit nak buat apa?? Nak beli macam-macam.. terus dapat beli, tak ke rasa rugi jika hasil titik peluh kita tidak memberi kehidupan yang berkualiti tinggi kepada kita. Senang kata.. barang yang dibeli tidak setara dengan apa yang kita belanjakan. Oleh itu kawan.. aku nak ingatkan ..kita ni kena tahu juga apa hak-hak kita, apa yang perlu ada pada pengguna, barulah kita maju. Orang pun tak ambil kesempatan kat kita terutamanya tauke-tauke kedai tu. Dia je nak untung kita tak payah..? betul tak??



Si nak Tahu: Ewah-ewah, pandainya engkau..tapi aku setuju lar apa yang engkau cakap tu, kita kerja penat tapi orang lain senang-senang nak eksploitasi hak kita ya. Ini tak boleh jadi ni,.. eh kau macamana boleh tahu banyak pasal pengguna ni.?



Si Ambil Tahu: Bagus lah kalau kau dah ada rasa macam tu.. kau perasan tak, kat sekolah kita dulu ada cikgu sentuh pasal pengguna ni? Kalau tak silap aku, masa kita belajar mata pelajaran Perdagangan…ha.. Cikgu Jojo yang mengajar masa tu. Itu adalah salah satu pendidikan pengguna diberikan melalui mata pelajaran di sekolah, kalau kita dah dalam masyarakat ni, kita boleh lar menyertai persatuan pengguna lain, seperti engkau daftar je jadi Rakan Pengguna ke, kau tengok dalam internet pun banyak maklumat pengguna kau boleh dapat. Apa yang penting kau kena tahu apa hak-hak pengguna dan tanggungjawab kita sebagai pengguna. Barulah jadi rakyat yang berguna, negara akan maju tau jika rakyat semua ada kesedaran macam ni.



Si nak tahu: Jadi, apa patut aku buat lagi kalu nak tambah ilmu tentang pendidikan penggunaan ni?



Si ambil tahu: oh ya..dalam bab ni.. kita sebagai pengguna perlulah mempunyai kesanggupan untuk mencari dan menyertai program-program pendidikan pengguna. Antara program yang boleh menambahkanmpendidikan pengguna adalah:



Menyertai bengkel-bengkel dan seminar kepenggunaan.Menghadiri kepenggunaanMemberi sokongan kepada program-program kepenggunaan seperti menghulurkan khidmat sukarela menjadi pemantau harga tempat tinggal.Menganjurkan program-program pendidikan pengguna di kawasan sendiri seperti ceramah, bengkel, pameran , kuiz dan sebagainya.Menanam budaya membaca majalah dan surat khabar yang memuatkan isu-isu menegnai kepenggunaan.Menjadi duta kecil menyebarkan pengetahuan mengenai isu-isu kepenggunaan.



Si nak tahu: Wah tak rugi lah aku bersembang dengan kau hari ni.. terima kasih banyak-banyak.Si ambil tahu: Sama-sama.





Hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif kepada kesihatan yang baik
Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih yang membolehkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna dilindungi.




Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya. Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistern penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri. Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas faedah yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.










TANGGUNGJAWAB PENGGUNA





Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:
(a) Kesedaran Mengkritik;
(b) Penglibatan dan Tindakan;
(c) Tanggungjawab Sosial;
(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi;
(e) Bersatupadu.

Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.

(ii) Penglibatan Dan Tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.

(iii) Tanqqungiawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.

(iv) Tanqqungiawab Alam Semulauadi

Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.

(v) Bersatupadu

Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.

PERLINDUNGAN PENGGUNA

Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:

barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan;

maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada;

pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan;

pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;

sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;

pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil; dan

pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.

Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna
menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawalselia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.

PENUTUP

Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pernbelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undangundang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.